Assalamualaikum , Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia . Pada post yang lepas , anda telah mengetahui kelajuan blog anda . Berdasarkan kepada keputusan , mesti ada tertanya-tanya mengapa blog anda tidak laju seperti blog-blog lain . Kami ada jawapannya .
1 - Penggunaan widget yang terlampau banyak
Penggunaan widget merupakan perkara yang seharusnya terdapat dalam blog bagi menarik perhatian pengunjung tetapi penggunaan widget yang terlampau banyak sehinggakan widget itu tiada membawa apa-apa faedah langsung kepada pengguna merupakan faktor menyebabkan blog itu lambat . Oleh itu , widget yang tidak berkenaan bolehlah di buang untuk meningkatkan kelajuan pada blog anda .
2 - Autoplay
Ini lebih kepada lagu dan video yang dimainkan secara auto di dalam blog . Walaubagaimanapun , Bagi sesiapa yang berminat sangat untuk meletakkan lagu dan video dalam blog . Sila teruskan . Kami tidak menghalang .
3 - Gambar
Gambar yang terlampau banyak dan bersolusi tinggi juga merupakan faktor blog itu menjadi perlahan . Hal ini kerana , pengunjung terpaksa menunggu gambar tersebut habis daripada loadingnya .
Itulah 3 punca blog menjadi lambat pada pendapat kami . Terdapat kesalahan dan pertanyaan ? Teruskan komen . Kami akan membalasnya jika mempunyai masa . Ajak rakan-rakan anda like facebook dan follow twitter kami untuk mendapatkan update daripada kami . Selamat malam .
No comments:
Post a Comment