Cara nak letak social media icons pada blog

Assalamualaikum , Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia . Mengikut kepada tajuk di atas mesti ada yang masih tidak tahu tentang cara meletak social media icon ini . Tujuan meletakkan social media icon ialah untuk memudahkan orang mencari kita samada di twitter atau di facebook dan sebagainya . Dengan meletakkan social media icon pada blog kita , ia akan menjadikan blog kelihatan seperti profesional . Bagi sesiapa yang tidak dapat membayangkan apa itu social media icon . Ini contoh gambarannya .


Meletakkan social media icon tidak lah susah seperti yang dibayangkan . Malah jika anda sudah tahu dan telah berlatih menukar social media icon setiap bulan , anda boleh lah mengajarkan kepada orang lain pula
dan tidak mustahil anda akan membuat social media icon anda sendiri dengan menggunakan software seperti
photoshop . Tanpa membuang masa , mari kita mulakan . 


1 - Download and pilih pelbagai corak social media icon yang anda suka . Contoh tempat yang anda boleh download di website ini . The ultimate roundup of amazing free social media icon packs . Di website ini terdapat pelbagai jenis corak yang disediakan . 

2 - File yang anda download tadi adalah berbentuk .zip . Anda hendaklah mempunyai software bernama 7 zip atau winrar untuk extract file tersebut . 

3 - Sesudahnya anda extraxt file tersebut , hendaklah anda beralih ke photobucket pula . Apa yang anda perlu buat ialah upload gambar social media icon yang anda sudah pilih di Photobucket . Sebagai contoh Admin ambil icon twitter . Akan kelihatan seperti gambar ini 


4 - Baiklah . Sekarang anda nampak kotak warna yang Admin merahkan dan letakkan arrow ? Anda hendaklah copy code HTML tersebut . Untuk lakukan ini , klik kiri pada mouse dan die akan automatic copy . 

5 - Buka notepad dan paste kan code tersebut . Akan kelihatan seperti di gambar ini . Anda kena fokus betul-betul . Pada step ke 5 ini anda kena lah padam yang Admin dah buat kotak merah tu iatu bermula daripada http hingga html dan paste kan URL twitter anda ke tempat itu semula . Ulang proceed ini dengan icon seterusnya seperti Facebook , youtube dan lain - lain lagi .



6 - Langkah seterusnya ialah copy code yang baru anda letakkan URL anda dan paste code itu ke dalam blog anda . Untuk lakukannya , buka blog anda , Pergi ke layout , klik pada Add gadget . Cari HTML / JAVA SCRIPT GADGET . Akan kelihatan seperti ini .






7 - Dan langkah terakhir , Isi kan ruang pada title seperti contoh  Cari Kami , Berhubung dengan kami dan sebagainya dan Paste kan code tadi ke dalam kotak content tersebut . Tekan save dan view blog . Untuk pastikan ianya berfungsi , klik pada icon itu dan lihat samada dia pergi ke twitter anda ataupun tidak . Jika page error , anda mungkin tersilap pada bahagian code . Jika ia pergi ke twitter anda , tahniah . Anda telah melakukan dengan sendiri dan secara tak langsung anda telah mendapat sedikit ilmu tentang code Html . 

Terima kasih kerana berkunjung ke blog kami . Seperti biasa , jika terdapat step yang anda sukar fahami . Terus sahaja komen kami . Jika berkesempatan , kami akan membalas kerana bab code ni sensitive sikit . Tersalah sikit terus habis tak jadi . Jika anda melihat kami post ini mempunyai kesalahan , harap maaf dan harap tegur kami supaya kami dapat perbaiki serba sedikit masalah kami . 

No comments:

Post a Comment