3 punca blog tidak kelihatan menarik

Assalamualaikum , salam sejahtera dan salam 1 Malaysia . Merujuk kepada tajuk di atas , Admin tau mesti ada yang cakap blog Admin ni tak menarik . Ye , Admin sedar . Haha . Yang penting Admin dah kemas kini dan ubah suai sedikit . Harap2 ada lah yang kelihatan lawa sedikit . Haha . Seperti yang anda boleh lihat , gambar yang terpapar tu merupakan sample daripada design Ourblog yang lama . Tak lawa sangat dan pada suatu hari Admin terfikir kenapa sesebuah blog itu kelihatan tidak menarik dan Admin dapat 3 sahaja sebab .

Kembali kepada tajuk di atas , kenapa sesebuah blog itu kelihatan tidak menarik ? Admin ada jawapannya :





1 - Pilihan Colour untuk setiap sudut tidak bersesuaian 

[ Gambar contoh ]

Adakah colour memainkan peranan ? Ya . Colour ialah salah satu cara untuk menarik perhatian pengunjung . Bagi Admin pemilihan colour yang amat cerah tidak sesuai ditambah lagi dengan warna yang lagi cerah dan warna gelap tidak sesuai ditambah dengan colour yang lagi gelap . Hal ini akan menyebabkan blog anda kelihatan seperti fancy atau murung sangat . Tapi harus diingatkan yang design blog sekarang ialah anda . Jadi lakukan dengan minat anda sendiri .


2 - Terlalu banyak sangat Ads 

[ Gambar contoh ]

Para blogger semua mesti tahu apa maksud Ads kan ? Terlalu banyak sangat Ads pun tidak bagus juga . Ini kerana pengunjung akan berasa bosan dan mungkin menyampah dengan Ads yang diletakkan tidak kena dengan tempat . Oleh itu , penggunaan Ads perlu dikurangkan untuk memberikan minat kepada pengunjung yang mengunjungi blog anda pada masa akan datang .

3 - Font , Sosial media icon dan background yang tidak sesuai 

[ Gambar Contoh ]

Bagi Admin , admin lebih menitikberatkan 3 ini . Yang pertama ialah Font . Font yang menyukarkan orang lain untuk membaca adalah penyumbang besar dalam kehilangan minat pengunjung ke blog anda . Kedua , Social media icon yang tidak sesuai dari segi corak dan bilangannya . Untuk memilih corak yang sesuai , anda mesti lah merujuk kepada blog anda dengan mengikut dari segi warna header atau background . Meletakkan Social media icon yang terlampau banyak juga boleh menyebabkan blog anda kurang menarik perhatian . Yang terakhir ialah Background . Ini mengikut pada blog dan diri anda sendiri . Seelok nya , jangan letakkan background yang tiada kaitan atau tidak sesuai pada blog anda . Ini akan menyebabkan blog anda kurang dari segi seni .

Sampai di sini sahaja . Kalau ada ayat yang buat anda terasa , harap maaf . Admin mungkin tidak sedar . Seperti biasa , jika terdapat apa2 yang hendak di tanya . Sila komen . Jika berkesempatan , kami akan membalasnya . Like juga facebook kami dan follow kami di twitter . Selamat malam .






No comments:

Post a Comment