3 cara melajukan laptop atau pc anda

Assalamualaikum , salam sejahtera dan salam 1 Malaysia . Kembali nya admin hari ini setelah lama tidak mempostkan sesuatu . Haha . Mari kita masuk pada tajuk '' 3 cara melajukan laptop atau pc anda '' . Laptop sering stuck ketika sedang digunakan , ambil masa yang lama ketika loading dan terasa slow kita hendak scroll merupakan perkara biasa yang berlaku .

Hal ini sering berlaku di kalangan pengguna jika :

1 - Laptop atau pc anda tidak dipasangkan dengan Antivirus , Anti spyware ataupun anti malware menyebabkan virus-virus masuk ke laptop anda dengan selambanya dan tanpa anda sedar . Hal ini lah yang akan menyebabkan laptop anda menjadi lembab .

2 - Laptop atau pc anda sudah lama tidak diformat . Mengapa perlu format ? anda perlu format laptop anda kerana jika anda mengalami symptom laptop slow seperti di atas , ini bermakna virus atau malware anda telah bersarang dan berkubu pada laptop anda menyebabkan anda sukar untuk membuang virus atau malware itu menggunakan Antivirus , Anti spyware ataupun anti malware . Lagi-lagi Trojan horse . 

3 - Seterusnya , perkara yang membuat kan laptop anda slow ialah terdapat file , document , folder , gambar , dan segala software yang tak perlu pada laptop anda yang tidak dibuang . Ini lah yang akan menyebabkan laptop atau pc anda mengambil masa yang lama ketika loading . 

Cara - cara untuk melajukannya semula :

1 - Install , Scan dan buang virus yang berkubu dengan menggunakan antivirus , anti spyware dan anti malware pada laptop atau pc anda . Tak kisah lah walaupun software tu free . Walaupun feature die tak setanding yang berbayar tapi kira bagus lah ada pertahanan juga . Sebagai contoh softwarenya Avast antivirus free version , Malwarebytes free anti malware dan yang lain-lain lagi . Banyak yang anda boleh gunakan . PASTIKAN anda sentiasa update software itu . Itu lah yang terbaik .

2 - Buang file , gambar , lagu , video , document dan software yang langsung tak penting pada anda . Anda juga boleh lah menggunakan software seperti Ccleaner untuk membantu dalam membuang benda-benda yang tak penting dalam laptop anda . Kemudian , susun setiap satu daripada itu ke dalam Folder yang baru . Dimana Folder image untuk gambar dan sebagainya . 

3 - Format laptop anda . Samada anda buat sendiri ataupun hantar kedai . Tapi lebih bagus jika anda format sendiri . Jimat duit . Hati pun puas sebab dapat format sendiri . Dengan format ini lah langkah terakhir jika laptop atau pc anda tidak berasa keberkesanannya menggunkan antivirus . Hal ini kerana laptop atau pc anda yang terdapat virus yang bersarang akan hilang dengan sekelip mata jika anda format . Harus diingatkan untuk backup file atau benda yang penting .

Itu saja . Harap dengan cara ini dapat membantu anda . Seperti biasa , jika terdapat pertanyaan hanya komen saja . Kami dari Ourblogm crew akan membalas jika terdapat masa terluang .






No comments:

Post a Comment